Assalamualaikum wbt.
Novel Diari Untuk Ibu terbitan Buku Prima, adalah salah satu novel yang istimewa bagi saya kerana bukan mudah bagi novel ini untuk menembusi pasaran. Saya mula menulis novel ini semasa percutian ke Pulau Bahamas. Pengalaman menulis novel ini dirasakan cukup unik kerana saya menulisnya semasa berada di atas kapal persiaran cruise.
Ianya berjaya disiapkan pada bulan April 2011, tetapi pernah ditolak beberapa kali atas alasan jalan ceritanya yang terlalu sedih dan tidak sesuai bagi golongan remaja membacanya. Akhirnya novel ini lulus untuuk diterbitkan dengan bersyarat. Syaratnya adalah saya perlu menukar sebahagian jalan cerita supaya elemen sedih dan gembira itu seimbang.
Alhamdulillah, setelah begitu banyak rintangan dilalui, novel ini berjaya juga diterbitkan sekitar bulan April 2013. Berikut adalah sinopsis novel Diari Untuk Ibu:
SINOPSIS
Tragedi 9 Disember yang dialami oleh Izz Akmal sekeluarga telah merampas kebahagiaan mereka. Ibunya, Puan Syamira, telah hilang dan dianggap sudah meninggal dunia.
Izz Akmal mencatat segala peristiwa yang berlaku dalam hidupnya di dalam sebuah diari. Dia berharap dapat menghadiahkan diari itu kepada ibunya kelak. Dia yakin ibunya akan pulang!
Izz Akmal semakin sedih apabila pernah melihat kelibat seorang wanita bersama ayahnya, Encik Syamsul, di bandar. Kemelut emosi Izz Akmal semakin memuncak apabila Encik Syamsul mengajak mereka sekeluarga bertemu dengan seorang wanita yang dipanggil sebagai Auntie Hana.
Siapakah Auntie Hana sebenarnya? Adakah dia bakal menggantikan tempat ibu Izz Akmal?

_________________________________________
Sekarang, mari kita baca apa pula komen atau pandangan para pembaca yang sudah menamatkan bacaan novel Diari Untuk Ibu ini:
(nota: saya perbetulkan short-form tulisan pembaca)
TESTIMONI
1- MUNIRAH, Johor
"Diari untuk ibu merupakan satu novel yang baik.
Sarat dengan elemen kekeluargaan. Penuh dengan adegan, gembira, sedih, suspen,
jenaka pun ada. Memaparkan kesetiaan dan kasih sayang sesama ahli keluarga
walaupun diuji dengan cabaran."
2- SYAZE SAPIKIN, Shah Alam
Diari untuk ibu jalan cerita yang menyentuh
hati.... gugur juga air mata....
3- ILA HUSNA, Novelis
-Lukisan dalam
novel ini yang comel.
-Dapat baca diari
Izz Akmal. (mungkin sebab antara novel berbentuk diari antara pilihan aku)
Apa-apa pun, syabas untuk tuan pengarang yang menuliskan kisah ini.
Apa-apa pun, syabas untuk tuan pengarang yang menuliskan kisah ini.
4- HANAN, Johor
Terima kasih untuk satu catatan indah Diari
Untuk Ibu. Tersangat terkesan di hati, Seandainya catatan ini berlaku dalam
dunia realiti saya, pasti saya menjadi insan paling bahagia dalam dakapan ibu saya.
Tahniah untuk catatan ini. Air mata menjadi bunga-bunga diari untuk ibu.
Bingkisan hebat dari naluri seorang anak.
5 -AISYAH KHALIL, Petaling Jaya
Melihatkan
covernya yang ceria, saya fikir isinya juga ceria. tapi, rupanya tidak. ceritanya
sedih. saya jarang baca kisah2 sedih. saya kesal sebab tak baca sinopsisnya dengan teliti
sebelum membeli. tapi selepas saya menyelak bab demi bab...
saya membaca sepenuh perasaan. saya ingin tahu, apakah tragedi 9 Disember itu. saya semakin teruja untuk meneruskan bacaan sehingga ke akirnya. Nampaknya, Diari Untuk Ibu ni benar2 terkesan di jiwa saya.

sedihnya cerita diari untuk ibu. seronok baca
dan sangat menginsafkan. boleh buat drama.
7 -HAFIZI AZMI, Tanjung Malim
Sebuah novel
berbentuk diari yang ditulis oleh seorang kanak-kanak buat ibunya. Masih terus
memaparkan nilai-nilai murni yang seharusnya wujud dalam diri anak-anak remaja
dalam kehidupan, kasih seorang ayah, abang yang baik, persahabatan.
Lukisannya &
ilustrasi membuatkan novel lebih menarik. Cantik, cuma kadang-kadang ada
sedikit lukisannya yang tampak kaku sedikit (eh, ini review novel, bukan
lukisan..), tapi dengan adanya lukisan, novel ini lebih menarik.
Syabas kepada penulis atas usaha menghasilkan karya ini! Selamat membaca kepada pembaca yang sedang menikmati novel ini! Teruskan menulis karya yang lebih baik di masa akan datang!
Syabas kepada penulis atas usaha menghasilkan karya ini! Selamat membaca kepada pembaca yang sedang menikmati novel ini! Teruskan menulis karya yang lebih baik di masa akan datang!
8 - ANNUR MOHAMMAD, Kuala Terengganu
Tahniah atas karya Diari Untuk Ibu. First novel
yang mampu buat saya menangis untuk tamatkan bacaannya. Tahniah .
Sekiranya anda mahu membeli novel ini terus daripada penulis, anda boleh hubungi saya melalui facebook - Iwan Reaz Ridzuan Ghazali atau di page Iwan Reaz atau melalui emel: iwanreaz@yahoo.com. Harga novel ini hanya RM15.
Wassalam.
P/S- Novel Diari Untuk Ibu juga boleh didapati di Popular, MPH, Times dan banyak lagi kedai buku terkemuka.
~semoga niat kita ikhlas
0 Pandangan:
Post a Comment