Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, October 23, 2013

Menulis Tidak Susah, Tetapi ...

Siapa kata menulis itu susah? Semua orang pun menulis dalam kehidupan seharian. Di sekolah, universiti, pejabat, di mana-mana sahaja. Tetapi untuk menghasilkan karya kreatif, tidak semua orang boleh melakukannya. Mungkin ada orang memang dilahirkan dengan bakat menulis. Dalam masa yang singkat, berjela-jela tulisannya.

Saya percaya saya ada secebis bakat, tetapi tidaklah berbakat sangat. Sebab semasa saya bersekolah dahulu, menulis karangan untuk kertas Bahasa Melayu 2 adalah sesuatu yang  mudah bagi saya. Tulis sahaja, insya-Allah akan A. Tetapi jika hendak dibandingkan dengan sebilangan penulis lain, bertimbun-timbun karya mereka dalam masa yang singkat. Saya? Heh...

Menulis bukan hanya memerlukan bakat. Apalah ertinya bakat tanpa usaha. Seseorang yang berbakat, tetapi malas untuk berusaha menyiapkan karyanya, akan mudah berhenti di sekerat jalan. Mungkin anda juga berbakat, tetapi ada tembok yang bernama malas menghadangi perjalanan anda. Cuba buang sifat malas itu dan gantikan dengan tangga menuju kejayaan.

Menulis juga memerlukan ilmu pengetahuan. Bacalah buku!
Menulis juga memerlukan pengalaman. Pergilah mengembara!
Menulis juga memerlukan tanggungjawab. 

Apabila bakat + ilmu + pengalaman  + tanggungjawab, saya percaya barulah = penulisan yang bermanfaat buat masyarakat.

Jadi, peringatan buat diri saya sendiri, juga kepada semua penulis, serta semua orang yang mahu menulis. Tulislah sesuatu yang bermanfaat. Apalah gunanya karya kita itu laku keras di pasaran tetapi isinya padat dengan perbualan kosong, berunsur maksiat dan sekadar hiburan yang sementara.

"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi.
Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti."
-Saidina Ali r.a-



~semoga niat kita ikhlas

0 Pandangan:

Post a Comment