Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

Brr... Sejuknya Salji!

Novel Terkini
[ Pandangan Pembaca Novel ]

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Wednesday, December 3, 2014

JANGAN TERKEJUT MEMBACA BUKU INI

Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya ingin berkongsi pandangan para pembaca yang sudah membaca buku terbaharu saya iaitu Philly, Aku Culture Shocked, terbitan Bebas Press.



Best atau tidak, mari kita lihat pandangan mereka ini:

1) @artjakulasi 
"Membacanya seperti petualang bersama penulis. Adunan nilai2 Islam sungguh sebati. Tuhan tidak pernah jauh, terkadang kita yang lupakan Dia.

"Philly, aku culture shocked! Okeyy, buku ni boleh kata macam diari atau travelog seorang lelaki iaitu Iwan Reaz yang menjalani kehidupan belajar di Amerika. Untuk lebih tepat di Philly; Philadelphia. Dari mula dia mohon secara terpaksa sampailah dia habis belajar. . 

Pendapat aku lah, watak Iwan dalam buku ni macam Fahri ayat ayat cinta. Korang pernah tengok cerita tu ? Haa, boleh kata macam tu lahh apa yang aku boleh kata dalam bahasa mudah untuk korang bayangkan. . Tapi bukan lahh ada pompuan fitnah kata dia rogol ke apa. Tak. Personaliti. Kau tau kan personaliti Fahri tu macam mana ? Tak tahu sebab tak tengok lagi cerita tu ? Haaa, baca buku ni. Hahahaa. . 

Cerita dalam buku ni di susun melalui bab. Contoh macam, bab makanan; dari awal kau datang Amerika sampai kau nak balik Malaysia, cerita pasal makanan jek. Faham tak ? Makna dia jalan cerita buku ni tak ada flow macam cerita lain yanv ada flow 

Tapi ! Yang aku boleh kata menarik dalam buku ni, kau akan tahu banyak pasal Philly. Dah kata travelog begitu. Buku ni memang kisah fakta dan nyata dan realiti *mungkin* . Kau juga dapat tahu macam mana Philly sebenarnya. Apa jadi hari Jumaat. Apa yang best. Macam mana kejiranan dia. Macam mana penduduk dia. Lagi lagi pasal hubungan muslim and non muslim. Ia menarik. . 

Ohh ! Akan ada kat hujung beberapa bab tuu puisi atau sajak (?) So, ia tak lah fully cerita. Ada juga diselitkan dengan sajak atau puisi. Pelik tapi menarik sebab lain dari yang lain

3) Ila Husna  
Tak puas sebab banyak lagi pengalaman iwan selama di sana yang mahu diketahui. Apa pun tahniah iwan sangat cekal dan istiqamah menulis. 3.5 bintang saya berikan untuk buku ini sebab tak puas baca. Mahu lagi.

4) Alang Ana
Buku ini sangat santai dari segi bahasa yang digunakan. Jalan cerita yang menarik dan mudah difahami membuatkan aku susah nak berenggang dengan buku ini. Sejujurnya buku ini adalah himpunan pengalaman penulis sepanjang belajar di Philadelphia.
Tersenyum aku bila penulis sebenarnya tersalah pilih tempat belajar berikutan terikut dengan pilihan rakannya. Walaupun Philly dikatakan negara yang sangat huru hara dan menakutkan kerana dipenuhi gengster dan kisah hitam, namun penulis berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang. Lebih manis bila 'bidadari'nya turut ditemui di sini..

Thumbs up untuk penulis.

_________________________________________

Anda pula bagaimana?
Apa komen anda?
Belum baca lagi?
Tempahlah sekarang! 

Sekian,
Semoga niat kita ikhlas~

Sunday, January 5, 2014

NOVEL GOODBYE NEW YORK DIKRITIK?

Assalamualaikum wbt.

Kali ini saya ingin kongsikan pandangan para pembaca novel Goodbye New York (GNY). Adakah para pembaca sukakannya? Atau adakah novel Goodbye New York dikiritik hebat? Mari kita sama-sama baca pandangan telus mereka ini.

Nota: Saya tidak mengubah isi komen mereka, saya cuma sunting bahasa mereka yang salah, contohnya shortform "x", saya tukar kepada "tidak". Ini adalah demi kelestarian bahasa kebangsaan kita.


Nur Zahidah, Terengganu.
GNY bukan sekadar wadah atau bacaan untuk golongan remaja tetapi juga sesuai untuk semua peringkat umur, Ini disebabkan oleh pengolahan cerita oleh penulis tentang pengalaman beliau di NY ketika tempoh pengajian diaplikasikan dalam cerita GNY. Anjakan paradigma di NY yang diolah dalam cerita santai.

Shahkang, Manchester, (Penulis / Pelajar phd)
Latar New York menggamit minat anak-anak untuk terus membaca, sesuatu umpan menarik bagi membolehkan anak-anak yang tidak minat membaca untuk sekurang-kurangnya menelaah buku. Paling penting penulis menggarap watak-watak dengan cukup baik untuk diikuti pembaca. Sudah tentu mesejnya sampai berbanding novel-novel cinta di pasaran.

Afif, Johor (Guru)
Bagus penulisan anta. Pada pandangan ana, susah nak jumpa sekarang novel yang berbentuk ringan, senang nak faham. Sebab ana tak suka sangat kalau baca novel yang berat-berat. Keep it up akhi. Dan kalau boleh, banyakkan atau selitkan dalam penulisan anta tu tentang nilai-nilai kemanusiaan yang diajarkan oleh nabi, dan sebagainya. Nilai berbaik sangka contohnya.

Hafizi Azmi, Gombak (Pelajar universiti)
Cover buku sangat lawa, lukisan dia pun lawa-lawa (saya jadi fans kak Hani Raimi pula). Lukisan  dan bio tu membantu pembaca imagine dan memahami karekter, banyak nasihat untuk murid-murid tentang nilai-nilai murni dan lain-lain. Good! Kemunculan Trio Queen tu dah best, tapi tak nampak kuat sangat kesan dia. Fikri pula patut sebut Cik Kiah dengan lebih banyak kali. Lepas tu bila dia sebut, Raqy cepat-cepat betulkan.

Asilah Safina
Abang, buku Selamat Tinggal New York tu best lah.

Aznieta, Melaka (Pekerja Swasta)
Novel GNY terbaik. Sesuai untuk bacaan remaja yang mana ia menceritakan tentang seorang remaja yang merasakan dirinya bagus daripada orang lain. Jangan berlagak sombong dengan kelebihan yang kita ada tapi bersyukurlah dengan apa yang ada di sekeliling kita. Walaupun berperangai macam tu tapi masih ada insan yang sudi berkawan dengan dirinya. Ingat tak semua manusia sempurna tapi boleh praktis make perfect sebelum menganggap diri kita yang paling sempurna daripada orang lain. Tiada siapa yang lebih sempurna melainkan dia. Good job!

Bad, Kuala Lumpur
Konsep cover yang menarik. Pengisian yang bermanfaat. Ceritanya mudah difahami & santai amat menyeronokkan proses pembacaan. Sesuai untuk anak-anak muda dan dewasa pun tak salah nak baca sebab novel ini juga sedikit sebanyak menceritakan kehidupan di New York. Cuma agak nipis. Sehari boleh habis.

Hakem Haikal, Kuala Lumpur (Pelajar sekolah)
Saya suka novel abang lagi-lagi Brr Sejuknya Salji dan Selamat Tinggal New York. Saya harap abang buat novel lagi ya.

Syafieqah Qafiesya, Kota Kinabalu (Pelajar universiti)
Jalan ceritanya menarik. Kalau ada sambungan, mungkin negara lain, awak boleh buat jalan ceritanya menjadi lebih panjang lagi. 200 muka surat begitu. Terima kasih. Teruskan berkarya

Khairunnisya Aleeya, Terengganu (Pelajar sekolah)
Saya suka novel GNY. Watak Raqiyah bagi peranan utama sangat menarik. Dia juga baik hati dan penyayang. Dia boleh menyesuaikan diri daripada New York Girl kepada Kampung Girl.

Hans Nasyid Nfm, Gombak (Pelajar Universiti)
Tahniah abang Iwan atas 'buah tangan' yang baru. Walaupun GNY genre novel awal remaja, tapi ia amat sesuai untuk semua peringkat umur dengan gaya bahasa yang lebih santai. Kadang-kadang guna novel ini untuk rujukan assignment sociology. Thumbs up!

___________________________
Komen daripada saya: Saya sebenarnya suka jalan-jalan di AEON Cheras Selatan. Di sana ada Popular Book Store. Saya dapati novel GNY dulu ada banyak dijual, lama-kelamaan habis. Gembira hati saya. Harapnya kedai lain pun samalah.

Terima kasih kepada semua pembaca dan juga yang memberi pandangan. Insya-Allah, saya bercadang mahu menulis Goodbye New York 2. Idea sudah ada. Namun proposal masih belum ditulis. Kepada pihak penerbit yang membaca blog ini, mohon memberi kelulusan ya. =D

insya-Allah!

p/s - rating Goodbye New York di Goodreads pada saat entri ini ditulis adalah 4.40 daripada 5 bintang. Terima kasih! Berikan pandangan dan bintang ada di link ini - BERI BINTANG & KOMEN




~semoga niat kita ikhlas.