Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

123

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Monday, December 28, 2009

Kehilangan Permata Dalam Ae-Man

Salam.Saat Iwan menulis post di blog ini, sebenarnya Iwan sedang menulis siri ke-2 Melodi Hati. Untuk siri ke-2 ini, cabaran dan rintangan lebih banyak. Malah, Iwan perlu membuat pelbagai persediaan dan research kerana hendak membuat jalan cerita yang realistik.Sedang membuat research, Iwan singgah sebentar di fenomenasyid.blogspot.com/ Terjumpa satu kisah yang sangat menyayat hati. 23hb Disember yang lalu, seorang ahli kumpulan Ae-Man iaitu adik...

Monday, December 21, 2009

Snow @ Philly

Salam.Tahun ini kawasan Philadelphia diramalkan mengalami snowstorm yang agak lebat, setelah berpuluh tahun salji yang turun hanya sekadar biasa-biasa sahaja. Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang risau mendengarkan berita ini. Ya memang benar, banyak kesulitan yang dialami penduduk Philly, terutamanya melibatkan kenderaan.Bagaimana pula dengan Iwan dan kawasan sekitar rumahnya?Pengalaman berenang dalam salji sememangnya tidak dapat dilupakan. :D...

Friday, December 18, 2009

Melodi Hati di Pasaran

Salam.Ni berita mengejutkan yang Iwan dapat dari seorang pembaca novel Melodi Hati. Rupanya novel tu dah ada di pasaran rupanya.. Ingatkan stock check buat pasaran novel tu delay sedikit, rupanya tak. Alhamdulillah. Jadi rakan-rakan semua, dapat Melodi Hati di pasaran sekara...

Thursday, December 17, 2009

Dapatkan single Itulah Impian Ku.

Salam.Selamat menyambut awal muharram pada semua muslimin dan muslimat, tidak kira di mana jua anda berada, kerana anda masih memegang status sebagai seorang muslim. semoga tahun 1431 Hijrah ini menjadi tahun yang lebih baik daripada sebelumnya. Amin.Alhamdulillah, Iwan baru sahaja selesai menjalani final exam. 2 minggu bertemankan buku teks dan notes. Semoga Iwan dan semua rakan yang ambil exam, tak kiralah exam apa pun, semoga kecemerlangan berada...

Thursday, December 10, 2009

Muktamar 2009

Salam.Muktamar tahun ini insyaAllah akan diadakan di Atlanta, GA pada 24-28 Disember 2009.Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menyertai program penuh bermakna ini, setidak-tidaknya anda boleh memberi sumbangan dari jauh.Dermalah seikhlas hati. Setiap dollar yang anda hulurkan amat bermakna. Akaun paypal, kad kredit atau debit, semua diterima.Sila klik di SINI untuk ke website.Terima kasih atas sumbangan anda dan keprihatinan anda. Kami sangat...

Sunday, December 6, 2009

C-U-R-I bukan C.U.C.I

Salam."Pencuri! Pencuri!""Siapa pencuri tu nak?", tanya seorang pakcik."Tu", sambil menunding ke arah seorang gadis."Timah anak tok penghulu tu? Apa yang dia dah curi?", kata pakcik itu, tidak percaya."Dia dah mencuri hati saya pakcik....""...................................."Bukan curi seperti itu yang Iwan hendak ulas dalam post kali ini, akan tetapi kes kecurian yang melibatkan harta benda.Suatu ketika dahulu, ketika baru sahaja tiba di US, seorang...

Tuesday, December 1, 2009

Bercuti Di New York

Salam.Jumaat lalu, Iwan menempuh pengalaman baru apabila bershoping seawal pukul 3 pagi hinggalah 8 pagi. Tak adalah shopping sakan, sekadar merasai sedikit pengalaman seperti orang lain yang bergembira di Black Friday. Iwan beli sedikit je. Tu pun hadiah untuk family. Selebihnya, Iwan berjalan-jalan sahaja memerhati gelagat orang bershopping di dinihari itu..Sekitar pukul 12 malam itu kami sudah pun berada di sekitar Philadelphia Premium Outlet....