Iwan Ghazali (Iwan Reaz)

Aku pencinta impian, menulis bukan menagih kekayaan, sekadar mendamba secebis keredhaan.

123

Iwan Reaz - Sedingin Salju

Iwan Reaz - Itulah Impianku

Followers

Saturday, December 31, 2011

Selangkah Di Tahun Baharu

Assalamualaikum WBT. "Di permulaan kita mungkin bersemangat. Di tengahnya pula kita mungkin terjatuh. Tetapi berusahalah untuk bangkit menuju ke puncak." Di Malaysia, baru sahaja memasuki tahun baru 2012. Di Amerika pula, masih berbaki 12 jam lagi. Saya di mana? Di tengah-tengah? Ikut waktu Malaysia? Atau waktu Amerika? Saya tidak kisah pun. Berbondong-bondong ucapan Happy New Year yang memasuki ruang inbox atau sembang, saya...

Tuesday, December 20, 2011

Bercuti

Assalamualaikum. Insya-Allah, sekarang Iwan dalam perjalanan ke Las Vegas, untuk menghadiri satu program tahunan yang dikenali sebagai Muktamar. Alang-alang sudah berjalan jauh tu, kami melancong sekali ke kawasan berhampiran. Kata orang, sambil menyelam minum air. Percutian kami kali ini mengambil masa 3 minggu. Dalam pada itu, ada beberapa karya sedang dalam proses yang bakal menjengah pasaran pada tahun hadapan. Insya-Allah, dalam kesibukan bercuti ini, akan curi-curi masa untuk mengemaskini hal berkenaan. Sekian saja. ~semoga niat kita...

Saturday, December 10, 2011

Faham-fahamkan.

Assalamualaikum wbt. Pada pandangan saya, manusia yang mampu untuk meneruskan kehidupannya dengan baik (survive) di atas dunia ini, adalah mereka yang faham. Dia faham, mengapa masih wujud jahiliyah dalam diri orang yang ada tarbiyah. Dia faham, mengapa perlunya tarbiyah, mengapa perlunya kifayah. Dia faham, mengapa ada orang yang cepat marah, mengapa ada orang yang cukup penyabar. Dia faham, mengapa manusia diciptakan dengan kelebihan, mengapa...

Thursday, December 1, 2011

Pandangan Pembaca Novel Hazim, Aizat & Muzik

Assalamualaikum wbt.Syukur alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan, mengejar impian dan cita-cita, dan menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT.Hari ini di U.S, secara rasminya sudah masuk musim sejuk. Musim sejuk kali ini amat bermakna bagi Iwan kerana akan menyusul sebuah novel baru yang turut mempunyai kaitan dengan musim sejuk. Novel apakah? Nantikan... (tapi rasanya ramai dah tahu kan...)Okey,...

Monday, November 14, 2011

Novelis Dalam Master Chef Malaysia

Assalamualaikum WBTUntuk penulisan kali ini, Iwan dengan rendah dirinya mahu memberi pandangan terhadap sebuah rancangan realiti televisyen yang cukup mengujakan Iwan apabila mendapat tahu ianya akan bersiaran di Malaysia. Rancangan yang dimaksudkan itu adalah Master Chef Malaysia.Iwan sebenarnya sudah lama meminati rancangan yang seperti itu. Di U.S, Iwan gemar menonton Master Chef America, Hell’s Kitchen dan Kitchen Nightmare. Iwan pun sebenarnya...

Tuesday, November 1, 2011

Kenali Watak Utama Novel HA&M

Assalamualikum wbt.Untuk post kali ini, mari kita berkenalan dengan 5 watak utama dalam Novel HA&M, (Hazim, Aizat & Muzik), terbitan Galeri Ilmu.HazimAizatJosephKatelynAlifKepada mereka yang masih belum memiliki novel ini, boleh dapatkannya segera di kedai-kedai buku berhampiran anda.~semoga niat kita ikhl...

Saturday, October 22, 2011

Why read the Qur’an when we do not understand arabic?

Assalamualaikum WBT.An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the...

Wednesday, October 12, 2011

Lirik & Cinta

Assalamualaikum WBT.Untuk post kali ini, Iwan ingin menyatakan pendapat peribadi berkisar dunia hiburan sekarang. Baru-baru ini Iwan ada terbaca mengenai komen orang ramai terhadap lagu “Cinta Muka Buku.” Mungkin ini cerita lama, tapi Iwan baru sahaja mendapat tahu. Balik ke Malaysia baru-baru, lagu tersebut sering dimainkan hampir di mana-mana sahaja. Sebenarnya, Iwan sendiri juga perasan ada beberapa bahagian yang kurang enak didengar daripada...

Saturday, October 1, 2011

Preview Bisikan Pengharapan

BISIKAN PENGHARAPANLagu: Iwan Reaz Lirik: Annur MohammadKu bisikkan kalimah memujiNyaSetiap masaSetiap saatAgar ku tidak lupaAkan kekuasanNyaJuga akan kebesaranNyaSucikan wajah mu di dinihariBisikan pengharapan pada Ilahi Jika sudah suratan takdir hakikiTerima saja dengan rela hatiCHORUS :Indahnya hidup di dunia iniPabila dikelilingi insan yang disayangiJuga mendambakan redha ilahiAgar hidup sentiasa diberkatiDilema manusia akhir zamanSaban waktu kematian memisahkanLantas ku bisikkan doa pengharapanAgar dikurniakan keredh...

Thursday, September 22, 2011

4 Kisah Renungan Bersama

Assalamualaikum wbtMari kita hayati cerita-cerita ini. 4 situasi yang berbeza. 2 daripadanya seakan sama, tetapi tidak serupa.Situasi 1:Iskandar, seorang hartawan. Dia mempunyai harta yang banyak. Namun, setiap kali waktu makan, dia hanya memilih nasi kosong, telur dan sayur. Minumannya hanyalah segelas air masak. Walaupun dia mampu untuk menikmati makanan yang mewah dengan kadar yang tidak membazir, tetapi dia tetap memilih menu yang ringkas itu....

Thursday, September 8, 2011

Aku Si Comot

Assalamualaikum wbt.“Rasa macam nak cari teman. Teman ini bukan memahami aku melalui kata-kata, tetapi melalui hati dan perasaan.” –Status Iwan di FB pada hari Isnin, 12:34 tengah hari waktu US.Teman yang dimaksudkan adalah haiwan peliharaan. Lebih tepat lagi, kucing. Miaow…Iwan dari dulu suka kucing. Tapi kat rumah di Malaysia tak boleh bela sebab ada ramai budak kecil dan baby. Tapi kat belakang rumah, banyak saja kucing terbiar mahupun terbela...

Wednesday, August 31, 2011

Raya ... Raya ... Raya ...!

Assalamualaikum WBT. Pertama-tamanya mari kita semua mengucapkan lafaz "Alhamdulillah" kerana telah melalui bulan Ramadhan pada tahun ini dan kemenangannya disambut dengan tibanya bulan Syawal. Sama-sama kita berdoa agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan lagi pada tahun hadapan, insya-Allah. Pada tahun ini, sekali lagi Iwan merayakan sambutan Aidilfitri di bumi Amerika. Beberapa hari sebelum tamatnya Ramadhan, Iwan telah berlepas ke Amerika...

Wednesday, August 17, 2011

Ciri-Ciri Akhlak Terpuji

Assalamualaikum wbt. Selamat menunaikan ibadah puasa. Tidak lama lagi insya-Allah, jika dipanjangkan usia, jika masih dikurniakan nikmat nyawa daripada-Nya, jika masih dihadiahkan nikmat iman dan Islam daripada Yang Maha Esa, kita akan memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan, iaitu Itqu Minannar (Pembebasan daripada api neraka). Lebih dua minggu kita berada dalam bulan puasa ini, kita ibarat memasuki kursus pemulihan diri, pembersihan diri dan...

Monday, August 15, 2011

Jom Undi Carta NC

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, lagu Itulah Impianku telah dicalonkan dalam Carta Nasyeed.com (NC) beberapa minggu yang lalu. Ada beberapa kategori yang dipertandingkan seperti Selawat, Perjuangan, Kempen, Cinta dan Munajat. Lagu Itulah Impianku berada di bawah kategori Kempen. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi Carta NC dan jangan lupa untuk mengundi lagu Itulah Impianku setiap minggu. Klik Di SINI UNTUK MENGUNDI Terima kasih! ~semoga niat...

Sunday, August 7, 2011

Sedikit Bingkisan Tentang Novel

Assalamualaikum wbt. Hmm... agak kurang aktif Iwan menulis di blog sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi layout dah baru, sepatutnya aktiviti penulisan menjadi lebih bersemangat. Apapun, Iwan masih lagi menulis. Baru-baru ini Iwan memang fokus untuk menyiapkan novel terbaru, novel awal remaja yang bertajuk- Syazwan & Salji. Novel ini mengisahkan tentang pengalaman seorang kanak-kanak di luar negara. Alhamdulillah, novel ini sudah pun disiapkan...

Wednesday, July 27, 2011

Kebaikan

Assalamualaikum wbt.Penceramah menyampaikan kebaikan dalam syarahannya ...Penyanyi menyampaikan kebaikan dalam lagunya ...Penulis menyampaikan kebaikan dalam tulisannya ...Pelakon menyampaikan kebaikan dalam watak lakonannya ...Tak kira apa jua medium yang digunakan,Sebarkanlah kebaikan,Dan amalkanlah apa yang kamu sampaikan,Jangan berselindung di sebalik topeng kebaikan,Kerana kebaikan itu juga boleh berganti menjadi kejahatan,Tika kau beramal bukan...

Sunday, July 17, 2011

Hazim, Aizat & Muzik Kini Di Pasaran

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran iwan panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, maka terhasillah novel terbaru iwan - Hazim, Aizat & Muzik.Untuk sinopsis penuh, boleh baca DI SINIDapatkan novel ini di pasaran sekarang.Untuk belian secara online, boleh layari http://www.galeriilmu.com.myatauBoleh hubungi iwan melalui facebook, twitter atau emel: iwanreaz@yahoo.com~semoga niat kita ikhk...

Friday, July 8, 2011

Kini Berwajah Baru

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah, Iwan sudah pun berada di Malaysia. Dengan semangat baru, novel baru nak diterbitkan, paparan blog ini juga dengan wajah baru. Harapnya lebih mudah digunakan, lebih mesra, lebih menarik dan insya-Allah, pengisiannya akan terus istiqamah dalam menyampaikan dan berkongsi mesej-mesej berguna untuk penghayatan bersama.Sekalung ucapan terima kasih atas kerjasama daripada Alfi, seorang web designer yang genius! :) Cuma ada beberapa bahagian lagi yang perlu diubahsuai oleh Iwan sendiri.Sekadar perkongsian, kepulangan...

Thursday, June 30, 2011

BETUL tetapi SALAH

Assalamualaikum WBT.Janganlah engkau menjadi orang yang betul, tetapi salah.Niat engkau itu betul, tetapi cara mu itu salah.Engkau menegur kesalahan orang lain dalam cacian.Engkau memperbetulkan kesilapan orang dengan makian.Engkau menunjukkan jalan yang betul, tetapi engkau sendiri yang terpesong.Janganlah engkau menjadi orang yang betul, tetapi salah.~semoga niat kita ikhl...

Monday, June 20, 2011

Impian Seorang Remaja

"Assalamualaikum bang.""Waalaikumussalam."“Abang, nak tanya komen abang.”“Ya.”“Kalau An masuk madrasah, abang rasa okey tak?”“”Kenapa pula tak okey?” soal ku kembali.“An rasa nak masuk madrasah lepas PMR,” balas An. “Tapi dah tak sabar. Rasa nak masuk sekarang.”“Oh baguslah An sendiri yang minat, bukan paksaan,” dorongku.“Dulu waktu darjah 3, abah ada suruh masuk madrasah. Tapi time tu tak minat. Menyesal sangat,” cerita An.“Kalau tak, entah-entah...

Tuesday, June 14, 2011

Manifestasi Hati

Assalamualaikum WBT.Di waktu ini, di saat post ini sedang ditulis ...Senior-senior Iwan ...atau lebih mesranya sebagai kawan-kawan Iwan ...Yang lebih lama belajar di Temple University ...Kini sedang terbang di langit biru ...Merentasi benua berbeza ...Dengan harapan untuk berbakti kepada negara ...Tanah tumpah darah ...Bumi Amerika menjadi memori dalam diri mereka.Rumah yang dijadikan tempat berteduh bertahun-tahun ini ...tidak dapat lagi ditatap...

Tuesday, June 7, 2011

MIDWEST GAMES 2011

Assalamualaikum wbt.Kali ini Iwan sekadar mahu berkongsi pengalaman bermusafir di bumi asing, perjalanan menuju ke Wisconsin Madison, bermatlamatkan untuk merapatkan kembali jalinan persahabatan, melalui satu program sukan tahunan yang mengumpulkan semua rakyat Malaysia di Amerika, satu program yang dikenali sebagai, MIDWEST GAMES.Perjalanan bermula pada hari Khamis, 26 Julai, dengan menaiki Chevrolet Cruze Waktu Iwan drive:Pergi: 8pm-2am. 5:30am-10:30am....

Thursday, June 2, 2011

4 Masalah Remaja & Belia

Assalamualaikum wbt.4 Masalah Remaja dan Belia.1- Pengurusan Masa.2- Pergaulan.3- Hiburan Melampau.4- Cinta(gambar hiasan. credit to Zahid Azmi)1- Pengurusan Masa.Janji pukul 4. Bangun tidur pun pukul 4. Tidakkah itu satu pengurusan masa yang bermasalah? Mungkin juga kerana mind-set setiap orang yang mengatakan, "alah, mesti orang lain pun akan datang lambat juga." Jika semua orang fikir begitu, masalah ini tidak mungkin dapat diatasi selamanya.Solusi:...

Saturday, May 21, 2011

Ilmu & Iman

Assalamualaikum WBT.*Orang yang berilmu, berpengetahuan dan juga beriman, dapat membezakan yang masa satu adalah perkara yang betul dan yang masa satu pula perkara yang salah. Pada masa yang sama, mereka juga berusaha melaksanakan kebaikan dan benci kepada kemungkaran.*Orang yang berilmu, berpengetahuan tetapi tidak mempunyai iman, dapat membezakan perkara baik dan buruk. Malangnya, mereka tidak berminat hendak melakukan kebaikan dan membiarkan sahaja...

Tuesday, May 17, 2011

Tips Mendapat Anak Soleh/Solehah

Assalamualaikum wbt.Semua orang mahukan zuriat yang baik-baik. Indah rupa parasnya, bijak pandai, berbakat. Soleh dan solehah? Erm ... ya kot. (kot?) Ada yang mencari pasangan yang cantik/kacak, agar anak-anak nanti juga cantik dan kacak. Tak salah mencari pasangan sebegitu, cuma, janganlah dijadikan keutamaan yang paling utama dalam mencari pasangan hidup. Ingatlah, sesungguhnya kecantikan / kekacakan itu akan pudar ditelan masa. Apa yang lebih...

Saturday, May 7, 2011

Lafaz Untuk mu

...

Friday, May 6, 2011

Pengorbanan Seorang Ibu

Assalamualaikum WBT.Sekarang Iwan sedang dalam medan peperangan dengan peperiksaan akhir semester untuk Spring 2011. Pagi tadi baru sahaja selesai menjawab kertas Act Sci Modelling 2. Alhamdulillah, Iwan dapat buat dengan baik. Semoga Iwan dan rakan-rakan yang lain juga akan memperolehi kecemerlangan.Iwan akan kembali aktif menulis setelah tamatnya peperiksaan pada hari Isnin nanti, insya-Allah. Sempena hari Ibu yang bakal tiba hari Ahad ini, Iwan...

Saturday, April 30, 2011

Yang Utama

Assalamualaikum wbt.Sekarang rasanya musim peperiksaan sedang melanda satu dunia. Sesiapa juga yang bergelar pelajar, tentunya sedang bertungkus-lumus menyiapkan diri untuk persediaan itu. Bagi mereka yang masih belum bersedia pun, tentunya di saat-saat akhir nanti akan bersiap sedia juga. Study last minute itu bagus, tetapi tidak bagus sekiranya tiada persiapan langsung sebelumnya. Bagaimanapun, bagi setiap pelajar, janganlah tertekan dek kerana...

Sunday, April 24, 2011

5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat

Assalamualaikum wbt.Ramai orang tak tahu. Nak buat maksiat/dosa ni boleh. Siapa kata tak boleh? Boleh saja... asalkan, kita memenuhi 5 syarat yang ditetapkan. Apakah syarat itu? Mari kita sama-sama renungi kisah ini ...Suatu hari ada seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."Lelaki itu dengan tidak...